TERKINI : "Tak Semua Kenyataan Menteri PH Matang!" - Anwar Ibrahim
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan yang baharu sahaja berusia  enam bulan tidak akan lari daripada kenyataan menteri-menteri yang bersifat tidak matang, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika mempericikan sekali lagi tentang isu cadangan kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sehingga tercetusnya pertikaian masyarakat.

"Lakaran kata mungkin kadang-kadang mengelirukan kerana kerajaan baharu enam bulan, menteri juga baharu kenyataan tidak semuanya cekap dan matang.

"Saya yakin dari segi landasan misalnya ICERD (Perdana Menteri) Tun Mahathir sebut dengan tegas tidak mungkin berlaku sekarang," katanya ketika menyampaikan ucapan Syarahan Za'ba bertajuk 'Melayu dan Islam Dalam Era Malaysia Baharu' di Universiti Melayu hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended