TERKINI : "Gambar Sudah Bebicara, Biar Pihak Berkuasa Siasat" - Calon BN
  • 5 years ago
Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung pemberian ‘wang’ petrol dengan masyarakat Asli oleh pasukan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran.

Sebaliknya, beliau meminta masyarakat umum untuk melihat sendiri beberapa keping gambar merakamkan seorang wanita ‘misteri’ menghulurkan wang nota RM50 dan RM5 yang kini sudah menjadi tular dalam sebuah majlis tertutup yang turut dihadiri pemimpin PH itu.

Kata Ramli, beliau tidak memberi komen negatif atau memburuk-burukkan seseorang kerana gambar itu sendiri sudah berbicara dan mendedahkan ‘kebenaran’.

“Saya tidak perlu komen atau ulas sebaliknya anda semua lihat sendiri gambar-gambar itu. Anda boleh lihat sendiri kebenaran melalui pengamatan anda sendiri. Saya tidak perlu berbicara.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended