TERKINI : "Pembangkang Beri Anwar Ibrahim Menang Tanpa Bertanding" - Shamsul Iskandar
  • 5 years ago
PELABUHAN KLANG - UMNO dan Pas dicabar memberi kemenangan percuma kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim jika mereka merasakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson akan membazirkan wang rakyat.

Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, sekiranya parti pembangkang beranggapan sebegitu, mereka digesa untuk tarik diri daripada pertandingan itu agar Anwar menang tanpa bertanding.

"Saya lihat ada beberapa kenyataan daripada parti pembangkang mengatakan bahawa PRK ini akan merugikan wang rakyat dan sebagainya.

"Kalau begitu jangan masukkan calon, bagi Datuk Seri Anwar menang tanpa bertanding. Kalau itu niat dia, itu permintaan saya kepada parti pembangkang.

"Kita bukan menafikan demokrasi, kalau itu alasannya, lupakan pasal pilihan raya, jangan masuk calon, bagi kami masuk dan menang tanpa bertanding, selesai," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended