TERKINI : "Pemilihan PKR Perlu Ditangguhkan" - Shamsul Iskandar
  • 5 years ago
PELABUHAN KLANG - Jabatan Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa menangguhkan pemilihan parti itu kepada satu tarikh lain bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, ia bagi memastikan pemimpin dan ahli parti itu dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk memenangkan calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya ingin meminta Pengerusi JPP Datuk Rashid Din dan pasukannya pertimbang supaya tarikh-tarikh pemilihan parti itu dijadualkan semula.

"Eloklah pimpinan dan anggota memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK Port Dickson.

"Tarikh pemilihan parti itu akan berlangsung (mula) pada 22 September, negeri pertama adalah Pulau Pinang dan Kedah, kemudian berlangsung pada 23 September dan seterusnya," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif FGV-MPOB Dalam Menerajui Penggunaan B10 di Felda Transport Services Sdn Bhd di Pandamaran, di sini, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended