TERKINI : Pengosongan Kerusi Parlimen Port Dickson dibincang Dalam Biro Politik - Shamsul Iskandar
  • 5 years ago
PELABUHAN KLANG - Pengosongan kerusi P132 Parlimen Port Dickson yang dibuat oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah adalah mengikut saluran betul melalui beberapa siri perbincangan dalam Biro Politik PKR.

Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata walaupun beliau selaku anggota Biro Politik tidak hadir semasa perbincangan itu dilakukan, namun pimpinan yang hadir telah membuat keputusan itu.

"Saya difahamkan ada perbincangan di peringkat Biro Politik parti tentang perkara ini (bincang) dan pengumuman telah dibuat dan saya fikir itu tidak lagi jadi satu isu.

"Danyal juga telah mengumumkan peletakkan jawatan beliau dan Speaker Dewan Rakyat pun telah maklum mengenai kekosongan kerusi.

Oleh kerana pengumuman itu telah dibuat selepas perbincangan Biro Politik, saya fikir itu telah diputuskan oleh pimpinan yang hadir.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com