TERKINI : Anwar Menang Tanpa Bertanding Jawatan Presiden PKR
  • 5 years ago
Debaran siapakah yang bakal mencabar ‘tulang belakang’ Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan nombor satu parti berakhir dengan tepukan gemuruh pada jam 5.01 petang tadi.

Untuk jawatan Presiden, Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding sekaligus mengambil alih jawatan tersebut dari isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Dengan rasminya, Anwar yang sebelum ini merupakan Ketua Umum PKR, menang dengan bergaya apabila tidak ada seorang pun pencabar yang mahu mencabar beliau untuk menerajui parti yang diasaskan pada 1998.

Sebelum ini wujud spekulasi Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal mencabar Anwar pengumuman beliau beberapa minggu lepas.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended