TERKINI : Proses Pencalonan MPP PKR Berjalan Lancar
  • 5 years ago
Proses penghantaran borang pencalonan bagi pertandingan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula seawal jam 10 pagi di Ibu Pejabatnya di Merchant Square PJ hari ini.

Ahli-ahli parti dan penyokong kelihatan sudah mula memenuhi premis ibu pejabat PKR sejak jam 9 pagi tadi.

Bagaimanapun, kelibat nama-nama besar yang bertanding untuk jawatan tertinggi parti belum muncul lagi.

Media difahamkan antara pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Rafizi Ramli dijangka menghantar borang pencalonan selepas jam 2 petang.



MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended