TERKINI : PAS dan PKR Pertembungan 2 Penjuru - PRK Seri Setia
  • 5 years ago
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 September ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Pas.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain selepas menerima kertas pencalonan daripada Halimey Abu Bakar dari PKR jam 9.10 pagi dan Dr Halimah Ali (Pas) jam 10.15 pagi.

Halimey yang diiringi kira-kira 500 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada jam 9 pagi, diikuti Dr Halimah yang diarak lebih 500 penyokongnya, memasuki dewan itu pada jam 9.05 pagi.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended