TERKINI : Calon PH, Halimey Bakar Minta Pengundi Keluar Lebih Awal di DUN Seri Setia
  • 5 years ago
PETALING JAYA - Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar menggesa pengundi keluar awal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi menggelak berlaku tergendala berikutan cuaca tidak mengizinkan ketika ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Lindungan, dekat sini, pagi ini berkata, rakyat perlu bijak membuat pilihan dengan mengambil kira siapa yang memerintah.

"Saya minta pengundi di DUN Seri Setia keluar mengundi awal, kerana cuaca sekarang ini nampak gelap.

"Saya juga berharap proses pengundi hari ini berjalan lancar," katanya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended