TERKINI : PENGUNDI INDIA! Jangan Kena Tipu Lagi di PRK DUN Semenyih - Najib Razak
  • 5 years ago
SEMENYIH - Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat India supaya menggunakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih 2 Mac ini untuk membetulkan kesilapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Bekas Perdana Menteri itu yang kini popular dengan hastag #BossKu mahu masyarakat India membangkit semula menunjukkan kesetiaan mereka dengan mengundi Barisan Nasional Sabtu depan.

"Percayalah bahawa percayalah bahawa kerajaan saya pimpun dahuly dan parti BN memang memberi perhatian berat keoada kaum india.

"Walupun kita kalah PRU lalu, tapi kehadiran saya dan BN di sini di bahagian Hulu Langat kali kedua menandakan bahawa kita (BN) tak akan lupakan hubungan dengan kaum india seluruh negara yang akrab sejak dahulu lagi.

"Saya mahu kaum India sedar dan insaf bahawa sudah membuat silap pada PRU 14 lalu dan masanya telah tiba untuk membetulkan kesilapan dalam PRK DUN Semenyih kali ini," katanya dalam ucapan di Perayaan Ponggal bersama Masyarakat India 2019 anjuran IPF Bahagian Hulu Langat di sini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended