Siswa UTM protes kenaikan yuran semester
  • 5 years ago
Sekumpulan siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur hari ini berhimpun di pusat pengajian itu bagi menyatakan bantahan terhadap yuran semester yang dinaikkan sejak 2015.

Mereka berkata yuran semester di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) UTM naik dari RM954 kepada RM5,000 sejak empat tahun lepas.