Green Day sokong protes anti-Trump
  • 7 years ago
Kumpulan rock alternatif Green Day menyatakan sokongan penuh terhadap kempen protes anti Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu

Vokalisnya, Billie Joe Armstrong berkata “Saya tidak rasakan semua rakyat Amerika Syarikat bersedia menerima Donald Trump sebagai presiden.” seperti dilaporkan

Tambahnya lagi, “Kempen anti-Trump pasti akan lebih mendapat perhatian lebih ramai penduduk selepas ini yang sememangnya menerima sokongan penuh saya,”

Green Day turut dianggotai Mike Dirnt dan Tre Cool sebelum ini pernah mengeluarkan lagu berjudul American Idiot pada tahun 2004, bertujuan mengutuk serangan Amerika ke atas Iraq yang dilancarkan bekas presiden, George W. Bush.