Protes anti-Trump pantas merebak ke seluruh AS

  • 7 years ago
Presiden Amerika Syarikat, AS yang baru dipilih, Donald Trump dijangka berbincang dengan penasihatnya bagi merangka strategi akibat dihantui dengan beribu-ribu penunjuk perasaan yang membantahnya.

Tunjuk perasaan itu berlaku setiap hari memasuki hari keempat dan begitu pantas merebak ke bandar lain seluruh negara. Yang terbaru penunjuk perasaan berarak ke Philadelphia.

Protes yang sama juga berterusan di New York City.