150 jemaah berhimpun aman protes imam masjid dipecat
  • 5 years ago
Seramai 150 ahli jemaah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kampung Guar Syed Alwi di Kangar berhimpun secara aman bagi membantah pemecatan imam di masjid itu, selepas solat Jumaat hari ini.

Memetik laporan Utusan Malaysia, jurucaakp kumpulan itu, Zainol Abidin Ahmad, 69, berkata mereka mencabar Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin tampil dan memberi sebab dengan jelas punca 25 imam dipecat di seluruh negeri ini pada Selasa lalu.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi, ada di antara jemaah memegang kain rentang tertulis antaranya ‘Kami membantah penyingkiran Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi’ dan ‘Tukar mufti dan bukan tukar imam’.

https://www.kinitv.com/video/69272O74 - Dr Asri perjelas sebab imam berusia diberhentikan di Perlis

Semalam, Mohd Asri telahpun menjelaskan dalam siri ceramah mingguannya di Masjid Alwi bahawa pemberhentian imam-imam lama di Perlis yang berumur melebihi 60 tahun untuk digantikan dengan imam baharu bertujuan meremajakan masjid di seluruh Perlis.
Recommended