Kalau PAS-Umno kahwin, jadi sumbang mahram
  • 5 years ago
PAS dan Umno tidak boleh 'berkahwin' memandangkan kedua-dua parti itu sebenarnya adalah adik-beradik, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.Beliau berkata jika 'perkahwinan' itu terjalin bermakna ia akan menjadi sumbang mahram."Kita menyaksikan bagaimana parti-parti politik yang anti-Islam di Malaysia sangat bimbang dengan kesatuan PAS dengan Umno, mereka kata macam 'Taliban', belum lagi macam-macam istilah lain, ada yang mengatakan istilah PAS nak berkahwin dengan Umno."Saya kata PAS tak boleh kahwin dengan Umno, adik-beradik nak kahwin macam mana? Kalau kahwin (juga) jadi sumbang mahram," katanya ketika berucap dalam program Wacana Islam dan Isu Semasa anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di Clubhouse Persatuan Alumni Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, malam tadi.
Recommended