'Kekalahan berulang kalau Umno, Pas bertembung di Selangor'

  • 3 years ago
Gabungan Muafakat Nasional antara Umno dan PAS harus diteruskan sekiranya mahu merampas Selangor daripada Pakatan Harapan pada PRU datang, kata Pengerusi Umno Selangor Noh Omar.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung 2020, beliau berkata pertembungan tiga penjuru di Selangor hanya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.