Persandingan PAS-Umno sumbang mahram - Rais
  • 5 years ago
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menyifatkan 'persandingan' PAS dan Umno sebagai "sumbang mahram".Rais berkata demikian sebagai merujuk kiasan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan pertemuan kedua-dua parti di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur semalam sebagai 'persandingan'.Menjelaskan hujahnya, Rais berkata PAS bermula sebagai unit biro agama dalam Umno sebelum berpecah.Tambah Rais, dalam Islam, apabila seorang bayi menyusu pada ibu lain, bayi itu diharamkan daripada mengahwini anggota keluarga ibu berkenaan.Rais juga menyifatkan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Semenyih memberi semangat kepada kedua-dua parti itu untuk "menghalalkan apa yang haram".Pada sidang media selepas pertemuan PAS dan Umno semalam, Mohamad secara berkias berkata "persandingan" kedua-dua parti itu bermula lama sebelum PRK Semenyih.Mohamad mengibaratkan kerjasama PAS dan Umno dalam PRK Sungai Kandis sebagai proses merisik, sementara di PRK Seri Setia merupakan majlis 'bertunang'.