'Saya tak bersetuju'

  • 5 years ago
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau tidak bersetuju dengan kajian Ilham Centre yang mendakwa bahawa BN akan menang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih.Menurut Azmin, beliau yakin dan optimistik dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) Selangor untuk mengekalkan kerusi DUN Semenyih.Ilham Center telah meramalkan bahawa BN akan menawan semula kerusi DUN Semenyih pada pilihan raya kecil esok.BN telah menguasai kerusi itu sejak tahun 1959 sehingga pilihan raya umum yang lalu.Ilham centre berkata satu-satunya jalan bagi PH untuk mengekalkan kerusi itu ialah jika mempunyai "formula ajaib" - tahap sokongan yang sama dan pemilihan yang tinggi - dilihat semasa pilihan raya umum yang lalu dapat dikekalkan.Apabila ditanya sama ada Harapan masih mempunyai 'formula ajaib', Azmin berkata PH tidak memerlukan keajaiban kerana telah bekerja keras dalam sepuluh tahun yang lalu selepas memenangi kuasa di Selangor.

Recommended