Mat Sabu kesal Nik Abduh kait nama ayah dalam isu bohong

  • 5 years ago
Susulan kenyataan terbaru PAS berhubung sokongan parti itu kepada calon BN di Semenyih, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan ia tetap tidak boleh dipercayai.

Menurut Mohamad, PAS sebuah parti yang sanggup berbohong dan tidak boleh dipercayai sehingga menjejaskan imej Islam yang dibawa oleh parti berkenaan.

Bagaimanapun, Mohamad kesal dengan Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengaitkan nama ayahnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah berbohong.

Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pejabat Amanah Kawasan Pasir Mas di Kampung Jias, Pasir Mas.