'Saya minta maaf'
  • 6 years ago
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf jika Pakatan Harapan gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Ini kerana, kata Anwar, pihak pembangkang ketika itu tidak mengetahui kedudukan sebenar kewangan negara yang ditadbir Barisan Nasional.

Kata Anwar, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah memberikan perkhidmatan sebaik mungkin dalam memperbaiki kedudukan kewangan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana DUN Sri Tanjung di Port Dickson, malam tadi.
Recommended