'Minta maaf datang lambat, saya jaga Anwar di hospital'

  • 6 years ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata prosedur rawatan terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalami kecederaan tulang belakang berjalan lancar.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Jawatankuasa Asean bagi Pengurusan Bencana kali ke-32 dan mesyuarat berkaitan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi ini.

Wan Azizah juga memohon maaf atas kelewatannya kerana harus menjaga suaminya yang juga ketua umum PKR.

Anwar dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan ambulans pada malam Sabtu lalu selepas mengadu sakit bahu dan belakang badan.

Beliau dilaporkan mengalami kesakitan selepas kembali dari Turki, namun kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Recommended