'Datuk Seri saya minta maaf...' - Ustaz kesal percaya fitnah terhadap Najib
  • 5 years ago
Pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memohon maaf kerana mendakwa mempercayai fitnah yang dilemparkan terhadap bekas perdana menteri itu.

Pertemuan itu disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Manakala Najib pula menyatakan kesediaannya memaafkan semua yang memfitnahnya sehingga menyebabkan BN tewas pada Pilihan Rayan Umum (PRU) Ke-14 lalu.

"Datuk seri saya minta maaf apa yang saya percaya dahulu dan mungkin ada lagi seingat saya pernah berucap di hadapan awam mungkin sedikit sebanyak mencalarkan imej datuk seri pada waktu itu.

“Mungkin saya tak dapat nak sebut satu persatu datuk seri, sebab banyak, ada yang jumpa saya di ceramah, ada yang menangis minta saya sampaikan permohonan maaf mereka kepada datuk seri,” luah Ahmad Husam pada pertemuan itu.