Fitnah Najib, Friends of BN selar 'macai pembangkang'
  • 8 years ago
Laman Facebook Friends of BN menyelar tindakan 'macai pembangkang' yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mahu bersalam dengan Perdana Menteri.

Memuat naik satu rakaman dengan suntingan yang menjelaskan tentang apa sebenarnya berlaku ketika lawatan Najib ke negeri Johor minggu lalu.

'Ketika lawatan PM Najib Razak, macai pembangkang fitnah kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tak mahu salam dengan PM. Sedangkan apa yang berlaku sebenarnya tidak akan dijangka oleh macai. Dah tak ada modal lain ke nak fitnah? jelas status di laman Facebook berkenaan.
Recommended