'Sampai ke bawah skirt pun dia 'intip' - TMJ

  • 6 years ago
Selepas mendakwa "diperhatikan" kerajaan, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memuatnaik satu video yang hanya berdurasi 22 saat.

Video pendek dengan kata-kata sinis itu dipercayai merujuk kepada tindakan bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jaman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata.

"Sampai ke bawah skirt pun dia intip," kata Tunku Ismail sambil ketawa.

Sebelum ini, Tunku Ismail atau dikenali sebagai 'TMJ' mendakwa beliau serta Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedang "diperhatikan" kerajaan kerana "kurang senang" dengan keluarga diraja Johor itu.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman menjelaskan kerajaan atau pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak ada mengeluarkan arahan supaya pengintipan tersebut dijalankan.

Katanya jika Tunku Ismail memiiki maklumat mengenai kegiatan tersebut, beliau diharap dapat menyalurkannya kepada pihak yang berkenaan supaya boleh disiasat.