Piala ke-10, Aston Martin 'Johor' buat TMJ
  • 6 years ago
Sebaik menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang merupakan Piala ke-10 dalam koleksi kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu lalu.

Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima hadiah istimewa sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep 'Johor' (merah biru) daripada pra pemain dan barisan kejurulatihan.

Perkara itu diberitahu menerusi laman rasmi JOHOR Southern Tigers semalam.

Dalam muat naik status bergambar itu, enam keping kereta buatan Britain Aston Martin yang berwarna merah dan biru disertakan.

"Sempena meraikan kemenangan menjuarai piala yang kesepuluh, pemain-pemain dan barisan kejurulatihan pasukan Johor Darul Ta’zim telah menghadiahkan DYAM Tunku Mahkota Johor sebuah kereta Aston Martin yang berkonsep JOHOR (merah biru).

"Allah peliharakan Sultan," kata kenyataan itu.

Menurut laman sesawang automotif paultan.org, sebuah Aston Martin model DB9 dijual pada harga permulaan RM1.7 juta.