"JDT milik rakyat Johor, kerusi saya sesiapa saja boleh duduk termasuk awak", kata TMJ

  • 7 years ago
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar tindakan para pengkritiknya dengan mengatakan bahawa jika baginda tidak tahu apa yang baginda lakukan JDT tidak akan memenangi tujuh piala dalam masa tiga tahun ( 2013-2016)

"Saya tahu apa yang saya buat, kerana saya belajar dari orang yang tahu pasal bola sepak seperti Peter Kenyon, Peter Lim, Jorge Mendes (ejen pemain multibillioner yang paling berjaya), Joan Laporta, Rafael, Martin Prest, Mario Gomez dan ramai lagi. Saya juga belajar dari Mr Miguel, pemilik Atletico Madrid. Saya belajar sejak dari 2013 bila kali pertama saya berjumpa mereka di Shangri-La Hotel, Singapura".

Tambah Tunku Ismail, "Sekiranya ada orang yang merasakan dia mampu membuat lebih baik daripada saya, silakan. Ini adalah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, hak milik rakyat Johor. Kerusi saya bukan saya sahaja boleh duduk, anda pun boleh duduk juga. Tiada masalah".

Baginda berkata begitu ketika sesi dialog bersama media dan penyokong di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor kelmarin.