Video: "JDT Family for life, amboi baby" - TMJ
  • 7 years ago
Kurang seminggu dari hari ini pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim(JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim akan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal diadakan pada 25 Mac ini.

Tular di laman sosial video pesanan TMJ terbitan JDTtv kepada para penyokong JDT agar tetap bersatu sebagai sebuah keluarga JDT.

Dalam video berkenaan TMJ berkata "di mana-mana negara, sentiasa ada isu antara penyokong bola sepak, pemain dan pengurusan, tapi apa yang penting adalah kita sentiasa bersatu"

Tambah Tunku, " kerana macam mana yang saya sentiasa nasihatkan sebelum ini, bersatu dan perpaduan adalah kunci kejayaan kita di JDT, kerana itu kita memanggilnya Keluarga JDT ( JDT Family)".

TMj juga berpesan supaya para penyokong tidak melayan segala anasir dari pihak luar yang cuba untuk melaga-lagakan antara mereka sesama sendiri. Tetap bersatu dan terus menyokong pasukan yang kita sayangi.

Diakhir ucapan TMJ sempat berkata " JDT family for life, amboi baby" sambil mengenyitkan matanya.