Anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil mangkat
  • 8 years ago
Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dilaporkan mangkat

Berita sedih itu dikongsi Facebook rasm 'iJOHOR Southern Tigers' kira-kira sejam yang lalu.

"Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015.

"Ucapan tulus ikhlas daripada pasukan Johor Darul Ta'zim, pengurusan dan kakitangan Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Southern Tigers Sdn Bhd dan para penyokong Harimau Selatan. Al-Fatihah."

Setakat berita ini dimuat naik, pengumuman rasmi mengenai kemangkatan Tunku Abdul Jalil belum dibuat oleh pihak istana.

Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu.