Sultan Johor tayang kebolehan masak 'lamb chop'
  • 3 years ago
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam berkongsi kebolehannya memasak hidangan 'lamb chop' yang disaluti serbuk roti (bread crumbs) serta kentang putar.

Dalam rakaman video berdurasi 50 saat yang dikongsi di laman Facebook rasminya, Sultan Ibrahim turut memasak sambil mengenakan apron dengan karakter kartun berwarna kuning yang popular iaitu 'Minions'.

Warga maya yang menonton video tersebut rata-rata kagum dengan kebolehan memasak baginda malah turut memuji 'kecomelan' apron yang dipakai Sultan Ibrahim.