2 penjenayah ditahan selepas rempuh beberapa MPV, URB polis

  • 6 tahun lalu
JOHOR BAHRU 28 MAC - Dua penjenayah berjaya ditahan selepas melarikan diri daripada lima kenderaan pelbagai guna (MPV) dan tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal mengejarnya di Kulai, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.20 pagi itu, penjenayah tersebut yang berusia 23 dan 27 tahun pada mulanya diarahkan memberhentikan kereta berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Saleng-Kempas, Kulai.