Rempuh beberapa kenderaan, lelaki cuba larikan diri

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Tindakan seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas merempuh beberapa kenderaan di Kilometer 13.4, Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) menghala ke Bangsar di sini hari ini gagal selepas dia ditahan orang ramai.

Dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari itu, lelaki berusia 29 tahun tersebut dikatakan cuba terjun dari jejambat bagi melarikan diri sejurus selepas kemalangan.