Tiga termasuk jurufoto NSTP cedera selepas aksi Perak-JDT

  • 6 tahun lalu
IPOH 7 Ogos - Sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan bola sepak JDT dan seorang jurufoto akhbar cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Perak di sini malam tadi.
Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers' dalam saingan Liga Super.
Ketika penyokong JDT berada di tengah padang bagi meraikan kemenangan itu, provokasi tercetus sehingga menyebabkan para penyokong kedua-dua pasukan saling membaling botol minuman selain turut melontar mercun.
www.utusan.com.my