Dibelasah selepas dituduh ceroboh gudang perabot

  • 5 tahun lalu
KOTA BHARU 4 Dis. - Seorang lelaki cedera di muka, kepala dan badan akibat dibelasah orang awam kerana dituduh cuba menceroboh sebuah gudang perabot yang terletak di tepi Lebuh Raya Salor-Pasir Mas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit ditangkap selepas orang ramai melihat dia dalam keadaan mencurigakan di perkarangan gudang tersebut.