Meraung kepala tersepit celah palang sel lokap
  • 6 years ago
Seorang suspek dalam tahanan polis meraung apabila kepalanya tersepit di celah palang sel lokap di sebuah balai polis di China.

Video tular di media sosial itu memaparkan lelaki itu meraung kesakitan apabila beberapa anggota polis cuba membantu mengeluarkan kepalanya yang tersepit.

Dua anggota polis cuba untuk menarik palang besi lokap untuk membuka ruang agar lelaki terbabit dapat menarik kepalanya semula, namun gagal.

Apabila seorang anggota cuba membantu dengan menolak kepala lelaki di antara palang terbabit, lantas lelaki itu menjerit 'Jangan tolak, sakit!'.

Memetik laporan media tempatan, percubaan untuk membebaskan kepalanya dari palang lokap tersebut akhirnya berjaya.

Tidak dilaporkan sama ada lelaki itu cedera atau tidak.

Media juga tidak melaporkan sebab penahanan lelaki terbabit di lokap.