Kucing tersepit pagar 'satukan' bangsa Malaysia

  • 7 years ago
Video tular seekor kucing yang tersepit di tengah-tengah pagar eletrik pada sebuah rumah menerima pujian para netizen.

Bukan sahaja kerana inisiatif menyelamatkan kucing berkenaan, tetapi kesatuan individu pelbagai bangsa yang dilihat dalam video berkenaan turut menerima pujian.

Pengguna Rahman Rahman menulis "contoh rakyt malaysia yg penyanyangtahniah buat anda semua rasa belas kasih semestinya ada pada tiap manusia tak kira lah pada haiwan atau sesama mnusia..tanpa memandang kaum atau keturunan,barulh hidup aman,damai,bahgia selamanya."

Norliza Ramli menulis " Terbaik la kepada semua yang tolong kucing. Tak kira bangsa semua bersatu hati menolong."

Video berkenaan dimuat naik oleh Nazry B Nassir dan dikongsi di laman Facebook Siakap Keli mendapat hampir 700 ribu tontonan dan lebih 6000 kongsian.