Mujahid- Boleh boikot Perancis, jangan setuju kes penggal kepala

  • 4 years ago
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata tiada halangan untuk umat Islam di Malaysia memboikot barangan Perancis susulan kenyataan tidak sensitif dibuat oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, tindakan memboikot itu tidak harus hadir dengan sikap bersetuju dengan kes-kes pembunuhan rakyat Perancis yang dilakukan oleh pelampau agama kerana ia akan memberi gambaran buruk kepada agama Islam sendiri.

Beliau berkata demikian dalam syarahan yang disiar secara langsung di Facebook malam tadi sempena sambutan Maulidur Rasul.

Sumber video: https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/videos/349194952835274