Gol pada 'debut' bersama Liverpool, Van Dijk kata seperti mimpi

  • 6 years ago
Pemain pertahanan termahal dunia, Virgil vam Dijk tidak pernah menyangka akan menjaringkan gol pad aksi pertama beliau bersama Liverpool.

Jaringkan Van Dijk merupakan jaringan kemenangan yang membantu Liverpool menewaskan Everton 2-1 pada aksi Piala FA.

Pemain antarabangsa Belanda ini berjaya menanduk masuk gol kemenangan Liverpool pada minit k-84 perlawanan, untuk menghantar The Reds ke pusingan seterusnya.

"Malam yang cukup gemilang. Pengalaman beraksi di Anfield adalah sangat menakjubkan dan kami berhak menang perlawanan tersebut. Gol ini sangat istimewa buat saya dan keluarga."

"Peluang untuk bermain di Anfield adalah impian setiap pemain. Dan apa yang membuatkan perlawanan ini lebih istimewa adalah saya dapat menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool." kata Van Dijk ketika ditemurah BBC Sport selepas tamat perlawanan.