"Tak payahlah pergi melutut pada PAS," kata Husam

  • 8 years ago
Pemimpin Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa berkata parti itu berpeluang untuk menang sembilan dari 15 kerusi negeri yang dimenangi oleh Pas di Selangor sekarang.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya Pas pra pilihan raya umum ke 13 lalu mencadangkan kepada pemimpin Amanah di Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pas di Selangor sekarang.

Husam berkata demikian dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Recommended