Lang Merah mulakan latihan bersama Ramon Marcote

  • 7 years ago
Juara Piala FA 2017 nampaknya sudah memulakan latihan pertama mereka setelah rehat panjang.

Skuad Lang Merah kini kembali dilatih Ramon Marcote setelah pengendali Mohd Nidzam Adzha Yusoff melepaskan jawatan.

Kedah FA tidak membuat rombakan besar dengan hampir 95 peratus pemain musim lepas kekal.

Terbaru ketua pasukan Khairul Helmi Johari dilapor melepaskan lilitan ketua dan mahu Baddrol Bakhtiar diangkat sebagai kapten yang baru.

Sebelum ini juara Liga Super empat kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) juga telah memulakan sesi latihan untuk saingan Liga Malaysia musim 2018.