Najib, pemimpin ASEAN mulakan sidang kemuncak hari ini
  • 8 years ago
Hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN hari ini bermula dengan sidang kemuncak ke-29, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu.

Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia Jojie Samuel berkata sesi itu akan dijalankan secara format pemukiman iaitu pemimpin akan mengadakan perbincangan dalam sesi tertutup, berterus terang dan konstruktif mengenai hubungan luar dan hala tuju masa depan ASEAN.