Real juara Piala Kelab Dunia dua tahun berturut-turut

  • 6 years ago
Real Madrid muncul pasukan pertama menjadi juara Piala Kelab Dunia dua tahun berturut-turut.

Gergasi La Liga itu meuncul juara selepas menundukkan kelab Brazil, Germio 1-0 hasil jaringan tunggal pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo memastikan Real muncul juara dengan satu jaringan menarik menerusi satu sepakan percuma leret yang menewaskan penjaga gawang Germio.

Real Madrid kini akan kembali ke Sepanyol berdepan Barcelona dalam pertembungan El Clasico pada 23 Disember ini.