Indeks Persepsi Rasuah: Skor Malaysia jatuh dua tahun berturut-turut

  • 2 years ago
Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh buat kali kedua berturut-turut, dengan merosot tiga mata berbanding laporan tahun lalu.

CPI 2021 dikeluarkan Transparency International-Malaysia hari ini, menunjukkan skor Malaysia adalah pada 48, berbanding 51 pada tahun sebelumnya dan 53 pada 2019

Kemerosotan skor itu dicerminkan dalam kedudukan Malaysia yang telah turun ke tangga ke-62 daripada 180 negara di seluruh dunia berbanding tempat ke-57 pada 2020.

Sumber video: https://www.facebook.com/timalaysia/videos/614365416524069