Benevento pasukan terburuk Serie A, kalah 14 kali berturut-turut

  • 6 years ago
Kekalahan yang ke-14 berturut-turut awal pagi tadi menjadikan Benevento muncul pasukan terburuk dalam sejarah Serie A antara liga terkemuka di Eropah.

Benevento kalah 1-0 kepada Atalanta dalam aksi liga di mana gol tunggal dijaringkan Bryan Cristante pada minit ke-75 perlawanan.

Pemilik kelab, Oreste Vigorito berkata logo ahli sihir adalah punca kepada kekalahan Benevento yang sekali lagi tidak bernasib baik selepas mempamer aksi memberangsangkan.

Benevento mengatasi rekod 12 kekalahan berturut-turut dialami Manchester United, 87 tahun lalu selepas tewas 2-1 di halaman sendiri kepada Sasuolo pada 19 November lalu menerusi jaringan dalam masa kecederaan Federico Peluso.