Seri dengan Thailand, Malaysia juara kumpulan

  • 7 years ago
Seri 1-1 dengan skuad gajah putih sudah memadai untuk Malaysia muncul juara Kumpulan A pada aksi terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 AFF di Yangon semalam.

Malaysia kekal tanpa kalah apabila menang dalam empat aksi sebelum ini sekaligus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Menanti skuad kebangsaan adalah naib juara Kumpulan B diantara Vietnam, Indonesia atau Myanmar.

Gol Malaysia dijaringkan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-50.

Namun 13 minit selepas itu penyerang Thailand, Kritsada menyamakan kedudukan.

Recommended