'Malaysia sedia kerjasama dengan Perancis siasat Scorpene'
  • 5 years ago
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini sekali lagi menyuarakan tawaran untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis yang sedang menyiasat skandal pembelian kapal selam Scorpene.Ia termasuklah dakwaan kaitan warga Mongolia mendiang Altantuya Shaariibuu dengan urus niaga kontroversi oleh pentadbiran BN itu.Beliau berkata kes itu kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Mohamad menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkenaan sama ada kerajaan akan bekerjasama dengan kerajaan Perancis berhubung skandal itu.Katanya, ini kerana beliau dimaklumkan bahawa pihak berkuasa negara itu mendapati nama Altantuya terdapat dalam beberapa kontrak berkaitan pembelian kapal selam itu.