'Syaitan Merah' bangkit, muncul juara Kumpulan A

  • 6 years ago
Manchester United (MU) berjaya mencipta kebangkitan selepas ketinggalan 1-0 pada babak pertama perlawanan.

Kemenangan penuh dramatik ini membuatkan pasukan yang digelar 'syaitan merah' ini berjaya muncul juara Kumpulan A dengan 15 mata.

Penyerang sensasi Romelu Lukaku menemui semula sentuhan jaringan untuk aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah bertemu CSKA Moscow sebelum Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan buat MU.

MU kini dibawah kendalian Jose Mourinho telah mencatatkan 40 perlawanan tanpa kalah di Old Trafford dan bakal bertemu Manchester City, Ahad ini untuk 'Derbi Manchester'.