Malaysia ke-2 terbaik Asia, pulanglah dengan bangga 'Speedy Tigers'

  • 7 years ago
Menewaskan Pakistan, mengikat Korea Selatan dan akhirnya tewas di tangan India.

Itulah pencapaian terbaik buat pasukan hoki negara pada Piala Asia edisi 2017.

Speedy Tigers cukup membanggakan negara, buat pertama kali Malaysia layak ke final.

Lebih manis pemain Malaysia Faizal Saari berjaya mendapat Anugerah Penjaring Terbanyak dan Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan.

Biar pun kalah, tapi pulanglah dengan bangga Speedy Tigers, kerana anda semua adalah wira negara yang cukup membanggakan Malaysia.