Video: Tahi bintang jatuh di utara Amerika Syarikat?

  • 7 years ago
Tahi bintang kelihatan di beberapa negeri utara Amerika Syarikat awal pagi Isnin.

Beberapa kamera pada kereta peronda polis di Wisconsin dan Illinois sempat merakam bola api melintasi langit pada 1.25 pagi waktu tempatan (3.25 petang waktu Malaysia).

Persatuan Tahi Bintang Amerika Syarikat menyenaraikan lokasi di Indiana, Michigan serta negeri lain juga kelihatan

Ahli kaji cuaca Perkhidmatan Cuaca Nasional, Jeff Last berkata, tahi bintang itu turut disertai debum bunyi yang menggegarkan beberapa rumah di kawasan Green Bay.

Last berkata, radar menunjukkan tahi bintang itu merentasi Tasik Michigan tetapi tidak jelas jika ia jatuh ke dalam air atau berkecai di udara.