'Bersatu jatuh, Umno pun akan jatuh' - Dr Mahathir
  • 3 years ago
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno masih belum mempunyai kekuatan sendiri untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun tidak lagi mahu bekerjasama dengan Bersatu.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Perhimpunan Agung Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.