Tak perlu serbu syarikat guna senjata kutip cukai - Lim

  • 6 years ago
Kerajaan beri jaminan untuk tidak lagi menyerbu syarikat yang mengelak membayar cukai dengan anggota keselamatan bersenjata.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata demikian mengenai peranan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai pengutip cukai.

Lim berkata ketika berucap di Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Chartered Tax Institute of Malaysia hari ini.